Categories
Uncategorized

Hari 5 : Pelan Mana Yang Paling Serasi?

Hai semua.

Semasa Sign Up, anda telah pun pilih 1 pelan daripada 3 pelan ini :

  • Personal
  • Business
  • Intelligence.


Secara amnya, ketiga-tiga pelan ini masih menawarkan 7 fungsi yang sama cuma perincian dan kebolehan sahaja yang berbeza. Ini kerana ia bergantung kepada cara operasi dan kepentingan bisnes masing-masing.

Jadi, untuk itu saya bahagikan penerangan kepada 2 bahagian :

  1. Apa beza fungsi antara pelan?
  2. Apa pula profil bisnes anda?

 

1. BEZA FUNGSI ANTARA PELAN

Berikut adalah perbezaan setiap pelan mengikut fungsi utama Yezza.

  • SMART LINK

Link utama untuk pelanggan pergi ke WhatsApp Form anda. Jumlah link berkadar terus dengan jumlah WhatsApp Form yang dimiliki.

 


Link ini boleh diletakkan di Landing Page Yezza Store (Business Plan ke atas)

  • YEZZA STORE

Ligthweight website dengan kebolehan WhatsApp. Sesuai untuk anda yang menjual pelbagai jenis barang, mengutamakan e-commerce.

Untuk anda yang mempunyai akaun WooCommerce & Shopify, inventory boleh diintegrasi bersama Yezza untuk pengurusan berpusat (Pelan Business ke atas)

  • INVENTORY MANAGEMENT

Inventori ditolak terus dengan pembelian yang berjaya. Ianya juga akan ditambah kembali secara automatik untuk pembelian yang gagal.

Dengan integration, inventori WooCommerce & Shopify juga turut dipaparkan dan diuruskan secara berpusat. (Pelan Business ke atas)

  • ORDER MANAGEMENT

Setiap akaun boleh di-link terus dengan akaun perkhidmatan kurier sedia ada seperti EasyParcel atau rider seperti LalaMove. Pengurusan hantar di hujung jari berpusat di akaun anda

Dengan integration, pembelian di WooCommerce & Shopify juga turut diambil dan boleh diuruskan secara berpusat. (Pelan Business ke atas)

  • CUSTOMER MANAGEMENT

Rekod dan sistem pengurusan setiap pelanggan dan juga setiap prospek (leads). Pelanggan dan leads boleh dihubungi terus melalui WhatsApp tanpa kembali ke inbox WhatsApp sendiri. Urusan repeat order lebih mudah tanpa pelanggan perlu isi alamat lagi.

Bagi yang mementingkan data, anda boleh melihat sejarah pembelian pelanggan tanpa duplikasi nama. (Pelan Business ke atas)

Data pelanggan boleh dimuat turun dalam bentuk excel.

  • ANALYTICS

Paparan mudah untuk ketahui sama ada bisnes anda sedang meningkat maju atau tidak dengan pemasaran yang dilakukan.

Pelan Business, menawarkan analisis prestasi salespersons / agent seperti jumlah sales yang berjaya dilakukan atau jumlah leads yang dihubung untuk follow up.

Pelan Intelligence menawarkan tambahan analisis ke atas produk yang dijual, sama ada ianya benar-benar laku atau sekadar menyemak.

Kesemua ini boleh dimuat turun dalam bentuk excel.

  • YEZZA PAY

Payment gateway untuk pelanggan membayar atas talian terus ke akaun anda. Urusan inventori, tempahan pelanggan, status dan notifikasi kepada pelanggan akan berlaku secara automatik.

Fungsi penting buat anda yang mengutamakan sistem e-commerce.

Caj hanya dikenakan apabila diaktifkan. Pembayaran pelanggan akan masuk ke akaun anda dalam 3 hari bekerja.


2. PROFIL BISNES ANDA

Dengan memahami perbezaan fungsi antara pelan dengan jelas, anda kini bandingkan pula dengan profil bisnes anda.

Pilih salah satu aspek atau gabungkan beberapa aspek daripada jadual di bawah untuk mengetahui profil bisnes anda.

Contoh –

  • Anda ada dropshipper / salesperson seramai 5 orang, pelan sesuai adalah Business.
  • Anda seorang freelancer atau seorang solopreneur tanpa pejabat, pelan terbaik adalah Personal.
  • Anda ada 3 orang staff sahaja tapi anda pentingkan data pelanggan, analisa branding dan product, pelan Intelligence adalah yang paling serasi

Dari sudut harga pula, setiap pakej menawarkan harga kontrak bulanan dan tahunan seperti di bawah.

yezza subscription plan yearly monthly contract

Nota : Kontrak tahunan Yezza dibayar secara lumpsum untuk setahun.

Jika anda yang ingin melanggan terus tanpa tunggu habisnya trial, pihak Yezza menawarkan Quick Learner Offer di mana anda langgan 12 bulan, tapi bayar jumlah 11 bulan ; tidak kira mana-mana pelan yang dipilih.

Dan anda layak menuntut Kelas Facebook Ads secara percuma dari kami. 

Bagi anda yang rasakan commitment bulanan lebih bersesuaian dengan keadaan bisnes anda, pihak Yezza tawarkan harga pembayaran bulanan mengikut rate tahunan selama 3 bulan berturut-turut.

Contoh :

Personal Plan : Lain bayar RM50 vs Anda RM37 (Utk 3 bulan)

Business Plan : Lain bayar RM160 vs Anda RM147 (Utk 3 bulan)

Intelligence Plan : Lain bayar RM310 vs Anda RM297 (Utk 3 bulan)

Apabila sudah buat keputusan, boleh rebut Quick Learner Offer dengan click banner pink di dashboard akaun Yezza anda. Sign-In

Tawaran hanya sah sepanjang 6 hari pertama tempoh trial. Tinggal esok untuk buat keputusan.

Kesimpulan

Apabila anda fahami profil anda sendiri, anda boleh pilih pelan dengan tepat. Jadi bisnes anda serasi dengan fungsi Yezza yang disediakan.

Bagi anda yang tidak mahu merebut tawaran pihak Yezza, anda masih boleh teruskan tempoh trial sehingga hari ke 14.

Jika anda ada persoalan tentang fungsi Yezza atau menghadapi masalah teknikal sepanjang tempoh trial, boleh hubungi Yezza Support di support@yezza.io